Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Busker (2018): Representasi Jiwa Muda

Imej
Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ Jika bercakap tentang naskah yang mengangkat budaya muzik sebagai subjek, aku sentiasa meletakkan filem Kami The Movie (2008) antara yang terbaik pernah sinema kita hasilkan. Menonton filem Busker (2018) memberi aku perasaan yang sama seperti mana aku menonton Kami The Movie sepuluh tahun lalu atas beberapa sebab. Pertamanya, representasi jiwa muda yang dibikin secara teliti. Aku secara peribadi merasakan banyak filem kita pasca Adnan Sempit (2010) tidak memberi keadilan kepada watak pelajar universiti dan anak muda secara amnya. Kalau watak muda itu tak merempit, jadi gangster, clubbing dan minum arak, bukan mudalah bagi kebanyakan pengarah filem kita. Syed Fariz, sutradara filem Busker, dengan tenang memecahkan stigma itu serta memberi lakaran yang terperinci dan adil kepada generasi baru yang kini berdepan dengan cabaran berbeza. Benar, generasi ini juga punya masalahnya yang tersendiri, tetapi Busker berjaya memanusiakan anak anak mu...