Busker (2018): Representasi Jiwa Muda

Rating:
★★★★★★★★☆☆
Filem ini segar dari segenap aspek bermula dari barisan pelakonnya yang jarang-jarang dilihat di layar perak, lokasi penggambaran yang menyelongkar sisi "seni" negeri Johor, sehinggalah ke runut bunyi dan skor 'aneh' karya monoloQue.
Aku menyenangi lakonan Hafeez Mikail membawa karakter Adil, seorang yang 'reserve' pada awalnya dan sentiasa berada di dalam zon imaginasinya yang tersendiri. Keserasiannya berinteraksi dengan Vera dan rakan baiknya, Ucop (lakonan Anas Ridzuan) perlu diberi pujian. Ada dua tiga babak yang sedikit canggung penyampaiannya tapi kesilapan itu lebih kepada penulisan dialog yang kurang menjadi.
Sama ada watak Vera memang ditulis untuk Daiyan Trisha, atau beliau berusaha keras demi menjayakan watak Vera. Filem Busker ada banyak "heartbroken" scene, tapi dia tak perlu menangis beriya-iya pun untuk menyampaikan rasa sedih. Dinamik lakonan Daiyan boleh ditonton dengan lebih teliti pada babak-babak terakhir filem.
Kalau kawan kau menolak ajakan kau untuk menonton Busker di panggung atas sebab premis cintanya, pujuklah kawan kau untuk menonton demi komedi Anas Ridzuan. Kali terakhir aku gelak tak berhenti dalam panggung, masa menonton My Stupid Boss (2016) dua tahun lepas. Ini adalah kali kedua Anas Ridzuan membawa watak seorang busker yang kelakar dan cakap lepas selepas CEO (2014). Kali ini, dialognya lebih witty dan on point.
Busker ada ramai cameo yang hebat seperti Man Bai, Sobri Anuar, Zain Ruffedge dan pengarah muzik filem ini, Loque. Tetapi yang paling menonjol sudah tentu babak-babak Vera dan Professor (lakonan Aziz M Osman) yang suka buat jenaka hambar. Aziz M Osman pernah membawa watak berpersonaliti lebih kurang serupa dalam Kerja Kahwin (2017).
Sinematografinya menangkap sisi Johor dengan cukup baik. Johor digambarkan sebagai kota metropolitan yang masih mementingkan nilai seni dan budaya melalui tangkapan mural dinding yang berwarna-warni dan tempat lepak anak muda yang berestetika tinggi. Aku yakin badan-badan kerajaan negeri Johor yang turut sama menjadi sebahagian dari filem ini boleh berbangga dengan visual Johor yang dibikin dengan cantik.
Mungkin sutradara dan penulis skripnya berada dalam generasi yang sama macam aku, aku boleh hargai ketelitiannya dalam menghidupkan karakter dua pelajar universiti ini. Fokusnya kepada perkara-perkara kecil seperti berebut parking di fakulti dan dihalau pengawal kerana membuat penggambaran tanpa permit hinggalah kepada prop yang dipakai, pada aku, menunjukkan kerajinan produksinya untuk menghidupkan lagi cerita.
Aku suka permainan simbolik lampu carousel yang dikaitkan dengan tahap kecerahan dan kegelapan perasaan cinta Vera dan Adil. Ini contoh foreshadowing yang berfungsi di awal filem dan di akhir filem yang baik. Jarang filem kita ada simbolism visual sebegini.
Secara keseluruhannya, Busker adalah "feel good" movie yang boleh ditonton bersama rakan-rakan sebaya, khususnya dalam golongan umur 18-25 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Busker ada potensi yang besar untuk jadi sebuah filem cult ala Dunia Baru the Movie (2008). Aku ucapkan tahniah kepada Syed Fariz, atas percubaan pertamanya yang sangat berjaya, khususnya dalam merakam budaya generasi muda kini untuk tatapan anak-anak kita dua tiga dekad dari sekarang.
Busker akan menemui penonton pada 11 Januari 2018 di pawagam berdekatan anda. Ini merupakan filem tempatan pertama yang ditayangkan untuk tahun 2018.
Jika bercakap tentang naskah yang mengangkat budaya muzik sebagai subjek, aku sentiasa meletakkan filem Kami The Movie (2008) antara yang terbaik pernah sinema kita hasilkan. Menonton filem Busker (2018) memberi aku perasaan yang sama seperti mana aku menonton Kami The Movie sepuluh tahun lalu atas beberapa sebab.
Pertamanya, representasi jiwa muda yang dibikin secara teliti. Aku secara peribadi merasakan banyak filem kita pasca Adnan Sempit (2010) tidak memberi keadilan kepada watak pelajar universiti dan anak muda secara amnya. Kalau watak muda itu tak merempit, jadi gangster, clubbing dan minum arak, bukan mudalah bagi kebanyakan pengarah filem kita.
Syed Fariz, sutradara filem Busker, dengan tenang memecahkan stigma itu serta memberi lakaran yang terperinci dan adil kepada generasi baru yang kini berdepan dengan cabaran berbeza. Benar, generasi ini juga punya masalahnya yang tersendiri, tetapi Busker berjaya memanusiakan anak anak muda ini agar kita benar-benar faham cara fikir mereka.
Ceritanya mudah, bersih dari sebarang aktiviti yang tidak sihat, dan dibikin dengan sangat bersahaja. Mungkin akan ada yang kata jalan ceritanya cliche. Aku sangat bersetuju. Tapi percayalah, tiada apa lagi yang asli di dunia ini. Apa yang lebih penting dari originaliti jalan cerita ialah bagaimana seseorang sutradara menggayakan penceritaannya dan aku bagi markah yang sangat tinggi pada Busker semata-mata untuk aspek itu.
Kalau pernah tonton filem Love, Supermoon (2015), Busker ada persamaan dengan filem tersebut dari segi penyusunan konflik yang linear. Maksudnya, konfliknya dibina kemudian dirobohkan satu persatu. Jalan ceritanya tidak mengikat tiga empat konflik dan terlerai dalam satu big showdown ending. Kekurangan approach penulisan sebegini ialah filem ini boleh dipotong pendek tanpa mencacatkan perkembangan karakter.
Maknanya ada ruang yang tidak digunakan secara optimum. Tapi ini cuma masalah kecil. Boleh diabaikan.
Filem ini segar dari segenap aspek bermula dari barisan pelakonnya yang jarang-jarang dilihat di layar perak, lokasi penggambaran yang menyelongkar sisi "seni" negeri Johor, sehinggalah ke runut bunyi dan skor 'aneh' karya monoloQue.

Aku menyenangi lakonan Hafeez Mikail membawa karakter Adil, seorang yang 'reserve' pada awalnya dan sentiasa berada di dalam zon imaginasinya yang tersendiri. Keserasiannya berinteraksi dengan Vera dan rakan baiknya, Ucop (lakonan Anas Ridzuan) perlu diberi pujian. Ada dua tiga babak yang sedikit canggung penyampaiannya tapi kesilapan itu lebih kepada penulisan dialog yang kurang menjadi.
Sama ada watak Vera memang ditulis untuk Daiyan Trisha, atau beliau berusaha keras demi menjayakan watak Vera. Filem Busker ada banyak "heartbroken" scene, tapi dia tak perlu menangis beriya-iya pun untuk menyampaikan rasa sedih. Dinamik lakonan Daiyan boleh ditonton dengan lebih teliti pada babak-babak terakhir filem.
Kalau kawan kau menolak ajakan kau untuk menonton Busker di panggung atas sebab premis cintanya, pujuklah kawan kau untuk menonton demi komedi Anas Ridzuan. Kali terakhir aku gelak tak berhenti dalam panggung, masa menonton My Stupid Boss (2016) dua tahun lepas. Ini adalah kali kedua Anas Ridzuan membawa watak seorang busker yang kelakar dan cakap lepas selepas CEO (2014). Kali ini, dialognya lebih witty dan on point.

Busker ada ramai cameo yang hebat seperti Man Bai, Sobri Anuar, Zain Ruffedge dan pengarah muzik filem ini, Loque. Tetapi yang paling menonjol sudah tentu babak-babak Vera dan Professor (lakonan Aziz M Osman) yang suka buat jenaka hambar. Aziz M Osman pernah membawa watak berpersonaliti lebih kurang serupa dalam Kerja Kahwin (2017).
Sinematografinya menangkap sisi Johor dengan cukup baik. Johor digambarkan sebagai kota metropolitan yang masih mementingkan nilai seni dan budaya melalui tangkapan mural dinding yang berwarna-warni dan tempat lepak anak muda yang berestetika tinggi. Aku yakin badan-badan kerajaan negeri Johor yang turut sama menjadi sebahagian dari filem ini boleh berbangga dengan visual Johor yang dibikin dengan cantik.
Mungkin sutradara dan penulis skripnya berada dalam generasi yang sama macam aku, aku boleh hargai ketelitiannya dalam menghidupkan karakter dua pelajar universiti ini. Fokusnya kepada perkara-perkara kecil seperti berebut parking di fakulti dan dihalau pengawal kerana membuat penggambaran tanpa permit hinggalah kepada prop yang dipakai, pada aku, menunjukkan kerajinan produksinya untuk menghidupkan lagi cerita.
Aku suka permainan simbolik lampu carousel yang dikaitkan dengan tahap kecerahan dan kegelapan perasaan cinta Vera dan Adil. Ini contoh foreshadowing yang berfungsi di awal filem dan di akhir filem yang baik. Jarang filem kita ada simbolism visual sebegini.

Secara keseluruhannya, Busker adalah "feel good" movie yang boleh ditonton bersama rakan-rakan sebaya, khususnya dalam golongan umur 18-25 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Busker ada potensi yang besar untuk jadi sebuah filem cult ala Dunia Baru the Movie (2008). Aku ucapkan tahniah kepada Syed Fariz, atas percubaan pertamanya yang sangat berjaya, khususnya dalam merakam budaya generasi muda kini untuk tatapan anak-anak kita dua tiga dekad dari sekarang.
Busker akan menemui penonton pada 11 Januari 2018 di pawagam berdekatan anda. Ini merupakan filem tempatan pertama yang ditayangkan untuk tahun 2018.
Sinopsis:
Ia berkisarkan tentang kisah cinta di antara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu projek kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. (CinemaOnline)
Ulasan
Catat Ulasan