Jibam (2017): Kecewa Tahap Tok Ngah Sudin!

Rating:
★★★★★☆☆☆☆☆
"Encik, tayangan pukul tiga petang kosong lagi. Kalau ada seorang lagi beli tiket baru kami teruskan", Cik Norafizah (bukan nama sebenar) menasihatkan aku supaya tidak meneruskan nawaitu aku untuk menonton filem adaptasi novel popular karangan Ibrahim "Ujang" Anon, Jibam. Jam sudah menunjukkan jam 2:50 petang. 10 minit lagi sebelum pihak panggung membatalkan tayangannya.
Aku tinggalkan kaunter, memberi laluan kepada dua orang lelaki di belakang aku untuk membeli tiket sebelum Cik Norafizah menjerit suruh aku beratur sekali lagi tidak berapa lama kemudian. Kalau aku pengurus panggung TSR, esok juga aku naikkan pangkat Cik Norafizah.
Seusai tamat pengembaraan Jibam (lakonan Ariff Abdullah) di layar, aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam apa sebenarnya yang cuma disampaikan sutradaranya, Che Mie. Secara kasarnya, Jibam bukanlah filem yang teruk. Cuma, gaya penulisan dan jalan ceritanya buat aku hilang punca di tengah tengah cerita dan kecelaruan itu mengikuti aku sehingga ke akhir.
Pembinaan karakternya separuh masak. Punca kenapa Tok Ngah Sudin dengki benar dengan Jibam, pada aku, tidak disampaikan dengan baik dan jelas. Padahal, inilah tunjang kepada keseluruhan konflik yang berlaku di dalam filem Jibam. Sekalipun Tok Ngah Sudin berdendam dengan Suman (lakonan Esma Daniel), bapa kepada Jibam tentang tanah sekitar kampung, apa relevannya dendam itu diarah kepada Jibam? Adakah itu komplikasi keadaan mental Tok Ngah Sudin? Sedari awal pun dia sudah gila?
Ketidakjelasan ini diteruskan dengan masalah Usin Singai (lakonan Kamarool Hj Yusoff), penyewa tanah Tok Ngah Sudin (dirampas dari Suman), yang berniat untuk berpindah ke tanah yang lebih besar nilainya (juga milik Tok Ngah Sudin) sesudah ditolak permintaannya. Daki setebal apa yang memberi kekuatan kepada Usin Singai untuk mengetuk kepala Jibam hingga berdarah?
Aku amatlah terganggu dengan skor muzik filem Jibam yang seolah memaksa orang ketawa dan menangis. Muzik latarnya berterusan dari pembuka hingga ke pengakhiran filem. Filem ini membariskan nama-nama besar tanah air. Syafie Naswip, Kazar Saisi, Kamarool Hj Yusoff, ini semua pemain yang bijak menggayakan emosi di layar. Malangnya dalam Jibam, ekspresi mereka dibunuh dengan skor muzik yang melampau-lampau.
Tetapi, Che Mie perlu diberi pujian atas percubaannya memanusiakan kampung ini. Watak-wataknya kontras dan sangat berwarna-warni. Pujian juga boleh diberikan kepada Ariff Abdullah yang memegang watak kanak-kanak lembam dengan jayanya. Komikal, tapi hidup. Emosinya dirasai. Aku gembira ketika dia gembira. Syafie Naswip cukup cemerlang dengan dinamik yang tinggi, membawa watak Kadir.
Kritik sosialnya tidaklah semampat filem Mamat Khalid atau P.Ramlee, tetapi ragam orang kampungnya dengan mudah boleh dikaitkan dengan stereotaip masyarakat melayu dan masalah yang dialaminya. Contohnya, babak bergaduh mulut antara Usop (lakonan Kazar Saisi) dan Usin Singai yang bertikam lidah tentang isu tanah itu boleh diinterpretasikan dengan kedaulatan negara yang dijual atau dialibabakan setengah pihak.
Di awal ceritanya juga ada menyelitkan isu salahguna kuasa dalam pentadbiran untuk menguntungkan pihak berkepentingan, dan dalam filem Jibam, ia dilakar dengan watak anak Tok Ngah Sudin yang memegang jawatan pegawai daerah di bandar yang pulang ke kampung sekali-sekala. Walaupun tidak ditonjolkan secara terus, mungkin ada isu isu yang perlu dielakkan, ia boleh didengari melalui dialog Kadir.
Secara keseluruhannya, Jibam menghiburkan, tetapi amat mengecewakan bagi yang tertunggu-tunggu filem ini. Tetapi masih menarik untuk ditonton. Tahniah buat produksi, dan laburkan lebih masa kepada penulisan di masa akan datang.
Jibam mungkin hanya boleh ditonton di pawagam seluruh negara sehingga esok (14/12/2017) atas kekurangan sambutan.

Sinopsis:
Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali. (CinemaOnline)
Ulasan
Catat Ulasan