KL Special Force (2018) : Michael Bay Dah Boleh Bersara

Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ Kebiasannya, kalau aku pergi menonton filem melayu untuk tayangan pagi hari bekerja, jarang benar untuk aku lihat lebih dari sedozen orang dalam panggung. Biasanya kalau bukan aku seorang saja yang beli tiket, mesti ada pasangan rempit yang port dekat kerusi belakang ' buat wayang sendiri '. Tapi hari ini, separuh panggung penuh dengan orang. Betapa hebatnya penangan Fattah Amin dan Rosyam Nor. Aku menonton behind-the-scene filem ini beberapa hari lepas, dan itu membuatkan harapan aku supaya filem ini menjadi filem yang baik menjadi lebih utuh. Aku percaya dengan kebolehan Syafiq untuk mengarah filem penuh aksi begini selepas menonton Abang Long Fadil (2014); jadi aku tak ada masalah untuk datang ke panggung dan menonton tanpa merasakan wang aku akan terbazir. Secara peribadi aku merasakan susunan kejadian atau plot filem ini jauh lebih baik dari seterunya Polis Evo (2015) dan J Revolusi (2017) atas satu sebab utama; tercipt...