Mandatori (2017): Melawan Tangan Ghaib

Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ Aku tak tidur satu malam, mengikuti siri mini di bawah jenama Astro First Eksklusif arahan Razaisyam Rashid, Mandatori. Satu pengalaman yang surreal, menonton drama berbahasa melayu yang dirakam baik dengan nilai produksi yang tinggi dan lakonan meyakinkan setaraf dengan siri - siri web premium terbitan Netflix. Kisah pembunuhan bersiri ini tidak berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di "Banda Raya", sebuah bandar yang mungkin berada di alam yang selari dengan Kuala Lumpur (jika dilihat pada demografiknya yang berbilang kaum dan pekerja asing). Menonton Mandatori mengingatkan aku kepada Cicakman 3 atas dua persamaan; gaya latar tempat dan isu yang dibawa; integriti autoriti. Dalam kes ini, anggota polis. Mungkin itu sahaja caranya untuk mengkritik korupsi dan kebatilan orang orang yang diamanahkan menjaga negara ini dalam bentuk filem di negara ini; Parallel Universe. Aku agak skeptikal dengan idea adaptasi novel Ramlee Awang Mursyi...