Catatan

Dukun (2006/2018): Teks Selari Mona Fandey

Imej
Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ Spoiler alert! Menonton filem ini selepas 12 tahun dari tarikh asal tayangannya tidaklah sejanggal yang aku sangkakan (selain dari kualiti visual yang tidak tajam) dan ia satu pengalaman sinematik yang jarang jarang kita dapat tonton di layar lokal. Apa lagi pecinta sinema tempatan mahu? Penceritaan yang kemas, mutu lakonan yang baik, dan selling point terbesar naskah ini - bergerak sebagai parallel text kepada kes jenayah yang kita semua masih belum faham; Mona Fendy dan mayat ahli politik terkerat lapan belas. Dain Said, jika diperhati filem bikinan beliau sebelum ini; amat suka bermain di lapangan tema kepercayaan manusia. Tentang mempercayai apa yang kita mahu percaya, dan manusia perlu faham yang mereka tidak memahami banyak perkara. Persembahan tema ini dibawa dengan cukup kemas dalam tiga kisah utama; penyiasatan Detektif Talib (lakonan Nam Ron) terhadap pembunuhan Dato' Jefri (lakonan Adlin Aman Ramli) yang berperang deng...

KL Special Force (2018) : Michael Bay Dah Boleh Bersara

Imej
Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ Kebiasannya, kalau aku pergi menonton filem melayu untuk tayangan pagi hari bekerja, jarang benar untuk aku lihat lebih dari sedozen orang dalam panggung. Biasanya kalau bukan aku seorang saja yang beli tiket, mesti ada pasangan rempit yang port dekat kerusi belakang ' buat wayang sendiri '. Tapi hari ini, separuh panggung penuh dengan orang. Betapa hebatnya penangan Fattah Amin dan Rosyam Nor. Aku menonton behind-the-scene filem ini beberapa hari lepas, dan itu membuatkan harapan aku supaya filem ini menjadi filem yang baik menjadi lebih utuh. Aku percaya dengan kebolehan Syafiq untuk mengarah filem penuh aksi begini selepas menonton Abang Long Fadil (2014); jadi aku tak ada masalah untuk datang ke panggung dan menonton tanpa merasakan wang aku akan terbazir.  Secara peribadi aku merasakan susunan kejadian atau plot filem ini jauh lebih baik dari seterunya Polis Evo (2015) dan J Revolusi (2017) atas satu sebab utama; tercipt...

Busker (2018): Representasi Jiwa Muda

Imej
Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ Jika bercakap tentang naskah yang mengangkat budaya muzik sebagai subjek, aku sentiasa meletakkan filem Kami The Movie (2008) antara yang terbaik pernah sinema kita hasilkan. Menonton filem Busker (2018) memberi aku perasaan yang sama seperti mana aku menonton Kami The Movie sepuluh tahun lalu atas beberapa sebab. Pertamanya, representasi jiwa muda yang dibikin secara teliti. Aku secara peribadi merasakan banyak filem kita pasca Adnan Sempit (2010) tidak memberi keadilan kepada watak pelajar universiti dan anak muda secara amnya. Kalau watak muda itu tak merempit, jadi gangster, clubbing dan minum arak, bukan mudalah bagi kebanyakan pengarah filem kita. Syed Fariz, sutradara filem Busker, dengan tenang memecahkan stigma itu serta memberi lakaran yang terperinci dan adil kepada generasi baru yang kini berdepan dengan cabaran berbeza. Benar, generasi ini juga punya masalahnya yang tersendiri, tetapi Busker berjaya memanusiakan anak anak mu...

Mandatori (2017): Melawan Tangan Ghaib

Imej
Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ Aku tak tidur satu malam, mengikuti siri mini di bawah jenama Astro First Eksklusif arahan Razaisyam Rashid, Mandatori. Satu pengalaman yang surreal, menonton drama berbahasa melayu yang dirakam baik dengan nilai produksi yang tinggi dan lakonan meyakinkan setaraf dengan siri - siri web premium terbitan Netflix. Kisah pembunuhan bersiri ini tidak berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di "Banda Raya", sebuah bandar yang mungkin berada di alam yang selari dengan Kuala Lumpur (jika dilihat pada demografiknya yang berbilang kaum dan pekerja asing). Menonton Mandatori mengingatkan aku kepada Cicakman 3 atas dua persamaan; gaya latar tempat dan isu yang dibawa; integriti autoriti. Dalam kes ini, anggota polis. Mungkin itu sahaja caranya untuk mengkritik korupsi dan kebatilan orang orang yang diamanahkan menjaga negara ini dalam bentuk filem di negara ini; Parallel Universe. Aku agak skeptikal dengan idea adaptasi novel Ramlee Awang Mursyi...

Jibam (2017): Kecewa Tahap Tok Ngah Sudin!

Imej
Rating: ★ ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ "Encik, tayangan pukul tiga petang kosong lagi. Kalau ada seorang lagi beli tiket baru kami teruskan", Cik Norafizah (bukan nama sebenar) menasihatkan aku supaya tidak meneruskan nawaitu aku untuk menonton filem adaptasi novel popular karangan Ibrahim "Ujang" Anon, Jibam. Jam sudah menunjukkan jam 2:50 petang. 10 minit lagi sebelum pihak panggung membatalkan tayangannya. Aku tinggalkan kaunter, memberi laluan kepada dua orang lelaki di belakang aku untuk membeli tiket sebelum Cik Norafizah menjerit suruh aku beratur sekali lagi tidak berapa lama kemudian. Kalau aku pengurus panggung TSR, esok juga aku naikkan pangkat Cik Norafizah. Seusai tamat pengembaraan Jibam (lakonan Ariff Abdullah) di layar, aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam apa sebenarnya yang cuma disampaikan sutradaranya, Che Mie. Secara kasarnya, Jibam bukanlah filem yang teruk. Cuma, gaya penulisan dan jalan ceritanya buat aku hilang punca di tengah te...

By My Side (2017): Kurang Rencah!

Imej
Rating:     ★ ★ ★ ★ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ Aku, secara peribadi, meletakkan By My Side ini di dalam senarai filem-filem yang aku tunggu tayangannya tahun ini kerana hampir beberapa tahun juga kita tak dihidangkan dengan filem tempatan dengan lebih 80% dialognya dalam Bahasa Inggeris dan pengarahnya yang datang dari forte pengarahan sketsa dan filpen untuk pasaran YouTube. By My Side juga merupakan filem untuk layar perak pertama yang diterbitkan dibawah jenama servis penstriman negara dan itu menarik kerana filem ini mungkin akan menjadi penanda aras untuk kandungan premium tempatan yang akan diterbitkan di masa akan datang. Menonton drama coming of age yang berputar di sekitar latar masyarakat urban yang selalu dikaitkan dengan komuniti Subang Jaya dan Bangsar ini menimbulkan perasaan yang sedikit kurang selesa kepada jiwa Malaysia aku yang agak pekat. Filem ini secara rasminya ditayangkan pada Hari Malaysia dan sepanjang kempen promosinya, "a Malaysian love st...